Tanah runtuh: KPKT beri peruntukan RM1 juta bagi kerja pembersihan 

Tanah runtuh: KPKT beri peruntukan RM1 juta bagi kerja pembersihan 

REEZAL MERICAN NAINA MERICAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan memperuntukkan RM1 juta bagi kerja pembersihan kawasan perumahan terkesan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai 2, di sini semalam.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) untuk kerja pembersihan yang akan dilakukan selepas kawasan insiden diklasifikasikan selamat.

Beliau berkata, pihaknya akan mempertimbangkan peruntukan tambahan mengikut keperluan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang semalam, empat maut manakala seorang cedera selepas tertimbus dalam runtuhan tanah di Taman Bukit Permai 2, Ampang dekat sini.

Empat mangsa disahkan maut iaitu Chong Siew Kim, 85, diikuti E.Ramasamy, 58; A. Mahendran, 36, dan Mohd. Saiful Ridzuan Ishak, 37.

Sementara itu, seorang lagi mangsa yang cedera iaitu Cheng Kim Cheng, 85 tahun dan masih menerima rawatan di Hospital Ampang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya