Sindiket pinjaman wang haram diserbu, 10 individu ditahan - Utusan Malaysia

Sindiket pinjaman wang haram diserbu, 10 individu ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL: Polis menumpaskan sindiket menawarkan pinjaman wang secara haram selepas menyerbu sebuah premis yang disyaki dijadikan pusat operasi di Simpang Ampat di sini kelmarin.

Dalam operasi Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya dan BSJK IPD Seberang Perai Selatan kira-kira pukul 4.30 petang itu, polis menahan 10 individu yang berada di premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Lee Chong Chern berkata, serbuan menerusi Op Vulture itu menemukan sejumlah peralatan elektronik yang mencurigakan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, polis mengesyaki premis berkenaan menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang secara dalam talian tanpa lesen dan pusat panggilan bagi kegiatan mengutip hutang.

“Sehubungan itu, kita menahan 10 individu terbabit iaitu masing-masing enam lelaki dan empat wanita tempatan berusia 18 hingga 30 tahun.

“Peralatan seperti komputer riba, telefon bimbit dan kad prabayar yang disyaki digunakan dalam kegiatan itu dirampas bagi siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Chong Chern berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjaman Wang 1951. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN