Sindiket penipuan sasar warga China terbongkar - Utusan Malaysia

Sindiket penipuan sasar warga China terbongkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Lebih 50 profil aplikasi sosial Wechat palsu dibuka setiap hari oleh setiap pekerja sindiket penipuan pusat panggilan bagi memperdaya mangsa terutama warga China.

Sindiket berpusat di sebuah unit kondominium di Mount Kiara, di sini kemudian  menghantar data setiap kenalan mangsa ke dalam group WhatsApp sebelum ketua sindiket menjalankan penipuan.

Bagaimanapun, kegiatan sindiket itu terbongkar susulan serbuan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dibantu Pakar Analisa Media Sosial, Bahagian Siasatan Jenayah Siber & Multimedia (JSM) Bukit Aman, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, dalam serbuan itu, pihaknya menahan tujuh individu terdiri daripada dua lelaki tempatan, tiga lelaki warganegara China dan dua wanita warganegara China berusia  antara 19 hingga 25 tahun.

Menurut beliau, kesemua tangkapan adalah pekerja sindiket yang menerima bayaran gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sebulan dan telah bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan sejak bulan Februari lalu.

“Kegiatan penipuan ini dipercayai menyasarkan mangsa dari China. Berdasarkan hasil semakan pakar juga, terdapat unsur-unsur penipuan dalam talian melalui WeChat

“Turut dirampas, tujuh unit Komputer riba, 28 telefon bimbit pelbagai jenama, tujuh papan kekunci, tujuh tetikus dan satu rangkai kunci rumah yang digunakan dalam kegiatan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Amihizam berkata, kesemua suspek menggunakan profil WeChat yang berbeza bagi tujuan penipuan di mana jumlah profil WeChat yang akan dibuat setiap hari adalah lebih daripada 50 profil setiap seorang.

“Seterusnya data setiap kenalan mangsa akan dihantar ke dalam group WhatsApp di mana ketua sindiket akan menjalankan proses seterusnya. 

“Semua suspek akan ditahan bagi tindakan siasatan selanjutnya mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya