Remaja lemas, tidak sempat duduk peperiksaan STPM

Remaja lemas, tidak sempat duduk peperiksaan STPM

ANGGOTA Maritim membawa mangsa lemas ditemukan penduduk kampung di Kampung Parapat Laut, Kudat semalam.-IHSAN Maritim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUDAT: Mangsa terakhir yang yang dihanyutkan arus deras semasa memasang pukat di Pantai Pirate Point, Kampung Parapat Laut ditemukan lemas pagi semalam.

Mangsa kedua, Aewaeindar Fedelex Olliong,20, yang merupakan pelajar tingkatan enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sikuati itu ditemukan terdampar di pantai oleh penduduk kampung di Pantai Tagumamal Laut pada pukul 8 pagi.

Pada Khamis, mangsa difahamkan keluar memukat ikan sebelum mangsa dan seorang lagi rakannya dihanyutkan arus deras semasa sedang memasang pukat berhampiran Pantai Pirate Point.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Zon Kudat, Komander Maritim Boon Chin Chau erkata, mangsa pertama dikenali sebagai Maclin Majaun, 29 ditemukan lemas pada pukul  6 petang Jumaat dan mangsa kedua ditemukan pagi semalam.

Pusat Penyelaras Mencari dan Menyelamat Maritim (MRSC) Kota Kinabalu mengaktifkan operasi Carilamat pada petang Khamis selepas mendapat maklumat mengenai kejadian nelayan dihanyutkan arus dan dikhuatiri lemas.

Sebelum ini, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) daerah, Ishak Jabas memaklumkan, semasa kejadian, kedua-dua mangsa bersama dua rakan lain sedang memasang pukat sebelum mereka tiba-tiba hilang daripada pandangan, dipercayai dihanyutkan arus deras.

Ketika kejadian, kesemua mereka turun ke laut bagi memasang pukat kerana paras air mungkin berada pada paras dada atau leher. Rakan mangsa terus melaporkan tentang kehilangan kedua-dua.

Mangsa terakhir turut dibawa ke hospital dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN