Rakyat Malaysia boleh masuk Satun 1 April

Rakyat Malaysia boleh masuk Satun 1 April

KAWASAN sempadan Malaysia-Thailand di Satun akan dibuka pada 1 April ini. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kawasan Satun iaitu sempadan antara Thailand dan Malaysia akan dibuka semula pada 1 April ini, sekali gus membolehkan semua aktiviti termasuk perjalanan keluar masuk dan perdagangan dua hala dilakukan.

Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 Thailand (CCSA) memaklumkan, lebih banyak pintu masuk juga akan dibuka di bawah skim ‘Test & Go‘.

Antara pintu masuk baharu adalah di pelabuhan di Surat Thani untuk kapal dan kru Thailand yang berdaftar serta lapangan terbang di Hat Yai, Songkhla, Krabi dan Surat Thani.

Timbalan Gabenor Songkhla memaklumkan, pos pemeriksaan sempadan di daerah Sadao juga bersedia untuk dibuka semula selepas mendapat kebenaran daripada CCSA.

Lapor Thai PBS World, Sadao merupakan pintu masuk utama pelancong dari Malaysia ke Thailand sebelum pandemik Covid-19 bermula.

Pembukaan semula Satun selepas dua tahun akibat pandemik Covid-19 juga bakal menyaksikan pihak berkuasa dari kedua-dua negara berbincang mengenai langkah pencegahan virus maut itu.

Selain itu, pos pemeriksaan keselamatan akan dibuka di daerah Khuan Don di Satun.

Pengumuman pembukaan Satun dibuat selepas Thailand mengumumkan bakal melonggarkan semua peraturan ujian Covid-19 kepada pelancong yang ingin memasuki negara ini bermula 1 April.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya