Rafizi lancar kempen atasi masalah rakyat, tarik pengundi atas pagar

Rafizi lancar kempen atasi masalah rakyat, tarik pengundi atas pagar

RAFIZI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rafizi Ramli dijangka melancarkan kempen ‘Ayuh Malaysia’ bagi menarik sokongan pengundi atas pagar ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Bekas Naib Presiden PKR itu berkata, keputusan melancarkan kempen itu itu diambil selepas mengambil kira keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan pandangan pelbagai pihak di dalam PKR.

Katanya, majlis pelancaran Ayuh Malaysia juga akan memperkenalkan aplikasi CISTA yang dibangunkan bagi membolehkan setiap rakyat Malaysia menjadi sukarelawan untuk berkhidmat membawa mesej perubahan ke arah Malaysia yang lebih baik.

“Kempen yang bertemakan Ayuh Malaysia mempunyai matlamat mengajak sukarelawan dari kalangan rakyat yang mahu meneruskan momentum perubahan untuk turut serta mendekati pengundi-pengundi atas pagar dengan memainkan peranan di dalam kempen digital, menjadi Ejen Kira Undi (PACA) dan sukarelawan pilihan raya.

“Selain itu, memberi nafas baru kepada kempen PKR dan Pakatan Harapan (PH) dengan penekanan khusus kepada pengundi atas pagar di kerusi-kerusi marginal yang berhadapan tentangan sengit.

“Mempengaruhi diskusi dan kempen politik agar lebih berfokus ke arah mencari penyelesaian kepada masalah-masalah utama masyarakat melalui percambahan idea dasar dan pelan pelaksanaan, Menampilkan tokoh yang lebih muda dari kalangan pimpinan PKR untuk menjuarai platform dasar yang berfokus kepada penyelesaian masalah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Majlis Pelancaran Ayuh Malaysia akan diadakan pada pukul 8 malam ini di Vida Bukit Ceylon di Kuala Lumpur.

Menurut Mohd. Rafizi, platform Ayuh Malaysia itu bukan inisiatif khusus PKR, tetapi digerakkan oleh pimpinan muda PKR dengan harapan dapat menarik mint penyertaan pelbagai lapisan Masyarakat.

Katanya, selain beliau dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar, pelancaran tersebut juga dijangka melibatkan beberapa pimpinan muda PKR yang lain.

“Pelancaran Ayuh Malaysia akan turut menampilkan Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa), Akmal Nasir (Ahli Parlimen Johor Bahru), Chang Lih Kang (Ahli Parlimen Tanjung Malim), Manivannan Gowindasamy (mantan Ahli Parlimen Kapar) dan Lee Chean Chung (ADUN Semambu, Pahang).

“Oleh kerana kehadiran dihadkan kepada 150 orang untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP), majlis ini dibuka kepada pihak media dan jemputan sahaja.

“Orang rami yang tidak berpeluang hadir dijemput mengikuti majlis pelancaran secara langsung di laman Facebook, Youtube dan Twitter saya bermula pukul 8 malam.

“Kami akan membentangkan teras lima dasar yang wajar diberi perhatian oleh masyarakat untuk menyelesaikan pelbagai masalah yang dihadapi orang rama seperti masalah peluang pekerjaan, masalah kos sara hidup, masalah perumahan dan lain-lain.

“Kami berharap idea-idea yang bakal kami bentangkan melalui Ayuh Malaysia dapat menghidupkan kembali semangat orang ramai untuk terus berusaha membawa Malaysia ke satu peringkat yang lebih baik,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya