PRN Johor: 29 peratus mengundi setakat pukul 12 - Utusan Malaysia

PRN Johor: 29 peratus mengundi setakat pukul 12

prn johor
SPR memakluman peratus keluar mengundi setakat pukul 12 tengah hari 29 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan kira-kira 29 peratus pengundi yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022 hari ini sudah mengundi setakat pukul 12 tengah hari.

Menurut SPR, sebanyak 4,638 saluran dibuka bermula pukul 8 pagi sehingga 6 petang.

Berdasarkan data agensi itu, kira-kira 2,539,606 pengundi biasa yang layak mengundi pada pilihan raya negeri hari ini.

Terdahulu beberapa penganalisis politik menjangka peratusan keluar  mengundi menurun  berikutan orang ramai, khasnya orang muda yang kini lebih takut isu kenaikan kes Covid-19 berbanding memikirkan sentimen isu semasa.

PRN Johor mempertaruhkan 56 DUN untuk direbut  239 calon daripada 11 gabungan, parti  serta 16 calon bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN