Polis Terengganu kumpul dana lebih RM21,000 untuk mangsa banjir

Polis Terengganu kumpul dana lebih RM21,000 untuk mangsa banjir

AHMAD Samsuri Mokhtar (dua, dari kiri) dan Zaini Jass (dua, dari kanan) menyaksikan penyampaian replika cek untuk Tabung Bencana Banjir Terengganu di Dataran Batu Buruk di Kuala Terengganu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu berjaya mengumpul dana sebanyak RM21,634 bagi membantu mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Zaini Jass berkata, sumbangan itu diperoleh hasil penganjuran program kayuhan amal sejauh 65 kilometer yang disertai lebih 1,000 peserta di Dataran Batu Buruk di sini.

Katanya, dana berkenaan akan disalurkan ke Tabung Bencana Banjir Terengganu bagi diagihkan kepada penduduk terjejas bah.

“Kayuhan amal oleh Kontinjen Terengganu ini melibatkan penyertaan dari 10 negeri termasuk Pulau Pinang, Pahang, Perak, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Kedah, Selangor dan Kelantan.

“Selain merapatkan hubungan antara polis dengan masyarakat, program ini secara tidak langsung membantu kita mengumpul dana untuk mangsa-mangsa banjir, sebagai tanda kecaknaan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap kebajikan golongan memerlukan,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian hadiah kayuhan amal itu hari ini.

Kayuhan amal dari Jambatan Sultan Mahmud ke jambatan angkat atau drawbridge itu turut disertai Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Tengku Farouk Husin Tengku Abdul Jalil dan Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa.

Menurut Zaini, seramai 48 keluarga polis di Kontinjen negeri ini turut terjejas dalam bencana banjir gelombang kelima yang melanda akhir bulan lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN