Polis Sabah gagalkan sindiket edar dadah, rampasan bernilai RM400,000

Polis Sabah gagalkan sindiket edar dadah, rampasan bernilai RM400,000

LAM Thiam Huat (tengah) menunjukkan rampasan dadah jenis syabu dalaM sidang akhbar di IPK Sabah di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Polis Sabah berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah susulan rampasan dadah jenis syabu seberat 10.06 kilogram yang dianggarkan bernilai RM400,000.

Rampasan itu dilakukan menerusi tiga serbuan berasingan di Kepayan, Penampang dan Tenom pada 10 dan 14 Mac lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Asisten Komisioner Lam Thiam Huat berkata, dalam serbuan pertama yang dilakukan pada 10 Mac lalu, kira-kira pukul 12.30 tengah hari, polis berjaya menahan seorang lelaki warga asing berusia 29 tahun di tempat letak kereta di sebuah apartmen di Kepayan dan merampas dadah jenis syabu seberat 6.03 kilogram yang dianggarkan bernilai RM240,000.

“Hasil siasatan dan pandu arah oleh suspek membawa kepada rampasan dadah di lokasi kedua di sebuah taman perumahan di Penampang, pada hari yang sama kira-kira pukul 6.30 petang.

“Dalam serbuan kedua ini, pihak kami berjaya merampas tiga paket plastik lutsinar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 6.03 kilogram yang bernilai RM120,000.

“Siasatan lanjut dan dipandu arah oleh suspek membawa kepada rampasan ketiga yang dilakukan di Pejabat Pos daerah Tenom.

“Pemeriksaan terhadap kod siri kiriman yang diberikan oleh suspek menemukan sebuah bungkusan yang mengandungi 10 paket plastik lutsinar disyaki dadah jenis syabu seberat 1.017 kilogram yang bernilai RM36,000,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, hari ini.

Justeru itu, satu tangkapan susulan dibuat di Tenom kira-kira pukul 7.30 malam, hari yang sama terhadap seorang wanita tempatan berusia 28 tahun yang disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah berkenaan.

Dalam serbuan itu, polis turut menyita beberapa barangan milik suspek iaitu sebuah kereta Toyota Vios, dua buah motosikal dan seutas rantai emas yang dianggarkan bernilai RM100,000.

Mengulas lanjut katanya, taktik sindiket pengedar dadah menggunakan khidmat penghantar barang bagi menyeludup masuk dadah ke Sabah dilihat semakin aktif maka, Polis Sabah sedang giat menjalin kerjasama dengan rakan di Semenanjung bagi memantau pengedaran dadah yang menggunakan modus operandi sedemikian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya yang membawa hukuman mati mandatori.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya