PM bantu polis pengiring kemalangan - Utusan Malaysia

PM bantu polis pengiring kemalangan

ISMAIL Sabri Yaakob bertanyakan keadaan seorang polis pengiring yang terlibat kemalangan di Benut, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob keluar dari kereta untuk melihat keadaan polis pengiring yang terlibat dalam kemalangan kecil.

Kemalangan tersebut berlaku di Pekan Benut, Pontian, Johor dan melibatkan seorang polis pengiring Perdana Menteri.

Sebelum kejadian, Ismail Sabri menerusi satu posting di laman Facebooknya baru sahaja menyantuni seorang kanak-kanak di Johor. 

Semalam, Ahli Parlimen Bera itu menyantuni seramai 10 kanak-kanak dengan pemberian sumbangan Yayasan Keluarga Malaysia di Johor Bahru.

Penerima-penerima sumbangan itu merupakan kanak-kanak yang kematian ibu bapa.

Pemberian itu adalah selaras dengan konsep Keluarga Malaysia yang memastikan tiada golongan yang dipinggirkan.

Yayasan Keluarga Malaysia bukan sahaja membantu dari segi kewangan tetapi juga bantuan pendidikan sehingga tamat belajar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN