Peniaga bazar diingat tidak naik harga melampau - Utusan Malaysia

Peniaga bazar diingat tidak naik harga melampau

ROSOL Wahid dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi bersama Media di Kuala Terengganu, malam tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Peniaga bazar Ramadan di negara ini diingatkan agar tidak meletakkan harga juadah secara melampau hingga membebankan pengguna.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, sebarang penentuan harga perlulah munasabah dengan kos bahan mentah yang terpaksa ditanggung.

Katanya, dalam sistem ekonomi terbuka, peniaga boleh menentukan harga jualan barangan termasuk melakukan perubahan harga seiring kos ditanggung, tetapi masih tertakluk kepada Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.

“Kementerian mempunyai kuasa untuk menyiasat seluruh rantaian perniagaan daripada pengeluar hingga ke peruncit berdasarkan bukti-bukti invois pembelian yang diminta dikemukakan kepada kita.

“Kalau siasatan mendapati wujud unsur pencatutan, maka tindakan tegas akan diambil mengikut AKHAP 2011,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Apresiasi bersama Media di sini malam tadi.

Baru-baru ini,  Yang Dipertua Gabungan Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Kedah, Baharudin Mohd. Ali menjangkakan harga makanan yang dijual di bazar Ramadan dijangka meningkat antara 20 hingga 30 peratus bagi menampung kos peningkatan harga bahan mentah dan sewa tapak daripada pihak kerajaan tempatan (PBT).

Katanya, kenaikan harga barangan itu tidak dapat dielakkan demi kelangsungan peniaga-peniaga kecil.

Bayangan kenaikan tersebut turut diluahkan peniaga dan persatuan peniaga di Selangor, Perak dan Negeri Sembilan yang terpaksa membuat pilihan sama ada bersedia menjual dengan harga makanan lebih mahal atau tidak berniaga. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya