Pemuda BN dilantik Exco Johor dinasihat tolak rasuah - Asyraf Wajdi

Pemuda BN dilantik Exco Johor dinasihat tolak rasuah, salah guna kuasa – Asyraf Wajdi

ASYRAF WAJDI DUSUKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki meminta enam pemuda BN yang dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) hari ini untuk menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa. 

Beliau dalam pada itu turut mendoakan semua pemuda BN yang dilantik itu sentiasa dipelihara Allah dan dikurniakan hikmah untuk melaksanakan amanah. 

“Jalankan tanggungjawab dengan penuh amanah, berintegriti, mengutamakan rakyat berbanding diri sendiri, menolak sebarang bentuk rasuah dan salah guna kuasa dan bekerjalah dengan sepenuh jiwa demi rakyat dan kecemerlangan negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini. 

Terdahulu, Dr. Asyraf Wajdi mewakili saf kepemimpinan Pemuda BN menjunjung kasih perkenaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di atas pelantikan enam Pemuda BN itu. 

Katanya, pelantikan EXCO pada hari ini turut disifatkan satu sejarah apabila menampilkan majoriti anak-anak muda sebagai Exco Kerajaan Negeri Johor. 

“Ia sekali gus membuktikan bahawa UMNO dan BN adalah parti yang ‘walk the talk’ merealisasikan aspirasi anak muda untuk melibat sebuah kerajaan yang berwajah baharu, muda dan malar segar,” katanya. 

Wakil Pemuda BN dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Johor adalah Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah; Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Mohd Khalid dan Ketua Pemuda UMNO Pagoh, Mohamad Fazli Salleh. 

Selain itu, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Raven Kumar Krishnasamy; Ketua Pemuda MCA Ayer Hitam, Ling Tian Soon dan Ketua Pemuda MCA Semberong, Lee Ting Han. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN