Pembangunan ladang tenusu berskala besar Chuping wujud 2,000 pekerjaan

Pembangunan ladang tenusu berskala besar Chuping wujud 2,000 pekerjaan

ISMAIL Sabri mengadakan lawatan kerja ke Qatar. - FB ISMAIL SABRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahasama Felcra dan FGV bersama sebuah syarikat Qatar, Baladna berhubung pembangunan ladang tenusu berskala besar di Chuping, Perlis yang melibatkan nilai pelaburan RM4 billion dijangka mewujudkan 2,000 peluang pekerjaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, menerusi perjanjian yang dijangka ditandatangani pada Jun ini, sejumlah 208.8 juta liter susu segar disasar dihasilkan setahun berasaskan lebih 14,000 ekor lembu tenusu.

“Baladna ialah syarikat Qatar yang terbesar dalam membekal makanan dan produk tenusu dan berpotensi menjadi rakan kongsi Felcra dan FGV dalam projek usaha sama pembangunan ladang tenusu berskala besar di Chuping.

“Baladna, Felcra dan FGV telah menandatangani Memorandum Kerjasama (MoC) untuk mengkaji kebolehlaksanaan projek usaha sama pada Ogos 2021,” katanya menerusi catatan Facebook beliau hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri memaklumkan, lawatan hari kedua beliau di Qatar diteruskan apabila dibawa melawat Ladang Baladna milik Baladna Food Industries dan disambut Pengerusi Kumpulan Baladna Food Industries, Moutaz Al-Khayyat dan Pengarah Urusan, Ramez Al-Khayyat.

Katanya, ia disusuli dengan lawatan ke pusat pengeluaran susu lembu Holstein yang berkualiti Baladna.

“Saya juga melawat ladang sayuran organik, cendawan dan udang milik Agrico di Al Khor, kira-kira 50 kilometer di utara Doha,” katanya.

Dalam satu majlis kemudian, Ismail Sabri berkata, beliau menerima surat komitmen untuk pelaburan berjumlah $AS360 juta daripada pengerusi syarikat, Ahmed Hussain Al-Khalaf.

Perdana Menteri kini dalam rangka lawatan tiga hari ke Qatar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya