[PARLIMEN]: Pembebasan individu terlibat 146 kes gubah wang haram dipersoal - Utusan Malaysia

[PARLIMEN]: Pembebasan individu terlibat 146 kes gubah wang haram dipersoal

wang haram
CHAN FOONG HIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Chan Foong Hin (Kota Kinabalu-PH) membangkitkan persoalan terhadap tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang membebaskan tanpa melepaskan seorang tertuduh yang terlibat dengan 146 kes penggubahan wang haram di Sabah.

Dalam sidang Dewan Rakyat, Foong Hin menuntut jawapan daripada Menteri Undang-Undang kerana tindakan SPRM boleh menjejaskan persepsi orang awam terhadap keseriusan kerajaan menbanteras rasuah.

“Sini saya ingin bangkitkan isu tentang bekas timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah, Teo Chee Kong kerana beliau dibebaskan tanpa dilepaskan.

“Bagi 146 pertuduhan penggubahan wang haram di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, tertuduh dikenakan bayaran kompaun RM30 juta ringgit oleh SPRM mengikut Seksyen 92 Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram.

“Skandal itu merupakan antara kes rasuah terbesar di negara ini. Presiden Persatuan Undang-Undang Sabah, Roger Ng mempertikaikan apakah justifikasi SPRM untuk memutuskan dan menghentikan pendakwaan dan sebaliknya menggunakan cara bayaran kompaun ini untuk membebaskan dia tanpa melepaskan,” katanya hari ini. –UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya