KETERSAMBUNGAN bukan sekadar soal infrastruktur, tetapi penentu sama ada perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di luar bandar mampu bersaing secara setara dalam ekonomi negara. Dalam konteks ini, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang kini melepasi 91 peratus tahap siap dan bakal memasuki fasa operasi dilihat berpotensi merombak akses pasaran, khususnya bagi pemain industri di Pantai Timur yang sebelum ini berdepan kekangan jarak dan logistik. Projek infrastruktur berskala besar…










