Najib diminta beri penjelasan pada Rabu ini

1MDB: Najib diminta beri penjelasan kepada Dewan Rakyat pada Rabu ini

najib
NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat telah meminta Datuk Seri Najib Tun Razak memberikan penjelasan berhubung dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat.

Tan Sri Azhar Azizan Harun berkata, bekas Perdana Menteri itu perlu memberi penjelasan Rabu ini berkenaan perbahasannya yang menyentuh isu 1MDB dan kewangan negara.

“Sebagaimana amalan biasa, saya sudah menulis kepada Yang Berhormat Pekan untuk meminta penjelasan serta Menteri Kewangan untuk memberi penjelasan apa yang beliau katakan dalam Dewan.

“Saya sedang menunggu jawapan. Saya meminta beliau memberi penjelasan Rabu ini. Tapi tidak tahulah beliau dapat beri penjelasan atau tidak,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, sebelum Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin membahas Titah Diraja, RSN Rayer (PH-Jelutong) bangun meminta penjelasan Azhar sama ada usul Ahli Parlimen Damansara, Tony Pua untuk merujuk Najib ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sudah diterima atau sebaliknya.

Rayer berkata, usul itu perlu diputuskan segera memandangkan ia boleh memberi kesan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, iaitu hari mengundinya ditetapkan pada Sabtu ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya