pusat penempatan pekerjaan

NPC diwujudkan di setiap negeri, pusat sehenti pencari pekerjaan

Mereka yang melawat Pusat Penempatan juga boleh membuat pendaftaran di portal MYFutureJobs bagi mendapatkan akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan di seluruh negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Penempatan Pekerjaan (NPC) akan diwujudkan di setiap negeri secara berperingkat dalam masa terdekat. 

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, pusat itu akan dikendalikan kementerian itu bagi menyokong usaha kerajaan mewujudkan 600,000 peluang pekerjaan seperti diumumkan dalam Bajet 2022.

Beliau berkata, syarikat-syarikat yang ingin menawarkan peluang pekerjaan boleh menggunakan pusat sehenti ini untuk bertemu dengan pencari kerja. 

“Ia juga menyediakan program latihan kemahiran dan pembangunan kemahiran serta menawarkan penempatan pelatih atau latihan praktikal.

“NPC juga akan menyediakan kemudahan berkaitan dengan proses pengambilan pekerja termasuk khidmat kaunselor kerjaya, laluan kerjaya dan kursus pembangunan kemahiran,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Katanya, individu yang melawat pusat ini juga boleh membuat pendaftaran di portal MYFutureJobs bagi mendapatkan akses yang lebih luas kepada peluang pekerjaan di seluruh negara. 

Saravanan berkata, menerusi portal ini, individu boleh mencari dan memohon pekerjaan yang sesuai dengan pengalaman, minat dan kelayakan mereka menerusi bimbingan wakil sokongan di pusat tersebut. 

Menurutnya, beliau percaya NPC ini kelak akan membantu rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang dan kebolehan mendapat peluang pekerjaan yang sesuai. 

“KSM juga komited memastikan usaha kerajaan ini berjalan lancar dan seterusnya akan mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia tahun ini,” katanya. 

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan mengenai penubuhan NPC ketika Mesyuarat Pekerjaan Negara Bil. 1 2022. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN