Mungkin masih ada rakyat Malaysia di Ukraine

Mungkin masih ada rakyat Malaysia di Ukraine

SAIFUDDIN Abdullah bersama Datuk Bandar MBJB, Datuk Noorazam Osman mengadakan taklimat sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Peringkat Negeri di MBJB di sini. -UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kementerian Luar tidak menolak kemungkinan masih terdapat seorang dua individu warganegara Malaysia yang tidak berdaftar dengan pihak kedutaan masih berada di Ukraine.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, itu antara maklumat tidak rasmi yang diperoleh pihaknya setakat ini.

Menurut beliau, sekiranya masih ada rakyat Malaysia yang berada di negara tersebut dan memerlukan bantuan, mereka diminta  menghubungi kedutaan Malaysia di Warsaw, Poland.

“Ketika ini, status kedutaan Malaysia di Ukraine sedang tergantung kerana tiada pegawai bertugas di negara terbabit, namun kita tahu kemungkinan ada seorang dua rakyat Malaysia yang tidak berdaftar masih berada di negara berkenaan.

“Kita memang tidak pernah wajibkan mana-mana rakyat Malaysia yang keluar negara untuk berdaftar, namun dalam situasi berlaku bencana atau tragedi seperti ini, kita akan tetap cuba membantu mereka,” katanya dalam sidang akhbar sempena Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Menara Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), di sini hari ini.

Sementara itu, mengulas berhubung konflik antara Rusia dan Ukraine ketika ini, Saifuddin memberitahu, Malaysia telah menyokong resolusi ‘Tindakan Keganasan Ke Atas Ukraine’ bersama 140 negara antarabangsa lain.

Kata beliau, dalam undian berkenaan, 141 negara menyokong termasuk Malaysia, lima negara membantah manakala 35 mengambil pendirian berkecuali.

“Walaupun Malaysia mempunyai hubungan baik dengan kedua-dua negara, namun kita tetap berpegang kepada prinsip menghormati kedaulatan, integriti dan kemerdekaan sesebuah negara. Dalam hal ini, Malaysia berpandangan kedua-dua negara terlibat perlu mencari jalan penyelesaian melalui dialog dan rundingan damai,” jelasnya.

Pada 1 Mac lalu, media melaporkan seramai tujuh rakyat Malaysia bersama dua tanggungan warga asing yang sebelum ini dilaporkan terkandas di Ukraine telah selamat tiba di tanah air pada pukul 3.06 petang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya