Lelaki maut ditembak ketika bincang di tepi jalan

Lelaki maut ditembak ketika bincang di tepi jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mati ditembak ketika berbincang bersama dua individu di tepi jalan di Pasir Tinggi di sini, awal pagi ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Marzukhi Mohd. Mokhtar berkata, mangsa yang berusia awal 40-an itu dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi.

Katanya, sebelum kejadian, mangsa yang ditemani dua rakannya berjumpa dua individu bermotosikal berkenaan, namun pertemuan itu berakhir dengan kematian selepas ditembak.

“Perbincangan mengenai beberapa perkara itu hanya melibatkan si mati dan dua lelaki tersebut, manakala rakannya berada tidak jauh daripada mereka.

“Bagaimanapun, rakan mangsa dikejutkan dengan dua bunyi letupan dipercayai tembakan dan segera meluru ke arah si mati, namun, suspek sudah melarikan diri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohd. Marzukhi berkata, mangsa kemudian dibawa ke Klinik Kesihatan Bukit Payung di Marang oleh rakannya dan disahkan meninggal dunia.

Katanya, polis masih lagi menyiasat punca sebenar kejadian dan tidak menolak kemungkinan kes itu berkaitan dengan dadah.

“Kita masih menunggu laporan forensik dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN