mangsa banjir pulang

Lebih 4,000 mangsa banjir Terengganu pulang hari ini

CUACA yang semakin baik hari ini membolehkan lebih 4,000 mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Terengganu pulang ke rumah masing-masing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir kini berbaki 7,281 orang berbanding 11,655 orang yang direkodkan pagi ini.  

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu berkata, setakat pukul 4 petang ini, kesemua mereka ditempatkan di 29 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di lima daerah dengan penutupan satu pusat di Setiu sebentar tadi. 

Katanya, keadaan cuaca baik membolehkan bilangan mangsa bah di Kemaman turun mendadak kepada 1,855 orang diikuti Hulu Terengganu (4,846 orang) dan Dungun (525 orang). 

“Di Kuala Nerus, hanya dua PPS yang masih dibuka menempatkan 33 mangsa manakala di Kuala Terengganu (22 orang),” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Esok, berkemungkinan PPS di daerah ini dan Kuala Nerus pula ditutup dan lebih ramai penduduk dijangka pulang ke rumah masing-masing. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN