BERA: Bapa seorang penumpang pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH370 reda dengan sebarang keputusan kerajaan berkaitan pencarian pesawat tersebut yang terus misteri walaupun hari ini genap lapan tahun kehilangannya. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Selamat Omar, 69, bapa kepada Mohd. Khairul Amri berkata, dia bagaimanapun berharap kerajaan meneliti sebaik-sebaiknya sebelum membuat keputusan berkaitan pencarian pesawat itu. “Hari ini masuk tahun kelapan kehilangan. Macam-macam berita yang saya terima berkaitan pencarian MH370, namun segala…