EU setuju haramkan gas Russia menjelang musim luruh 2027

EU setuju haramkan gas Russia menjelang musim luruh 2027

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Penggubal dasar Kesatua Eropah (EU) dan negara-negara anggota Eropah mengumumkan berjaya mencapai persetujuan untuk mengharamkan semua import gas dari Russia ke blok itu menjelang musim luruh 2027.

Perjanjian itu merupakan satu kompromi antara negara anggota dan Parlimen Eropah, yang mahukan larangan itu dikuatkuasakan lebih awal.

“Pada hari ini, pejabat Presiden Majlis EU dan wakil Parlimen Eropah sudah mencapai persetujuan sementara mengenai peraturan untuk menghentikan secara berperingkat import gas asli dari Russia.

“Langkah itu bertujuan menamatkan kebergantungan terhadap tenaga Russia berikutan tindakan Moscow menggunakan bekalan gas sebagai senjata yang memberi kesan besar kepada pasaran tenaga Eropah,” menurut kenyataan Majlis Eropah (EC).

Larangan terhadap kontrak jangka panjang akan terpakai selewat-lewatnya pada 1 November 2027 bagi gas yang dihantar melalui saluran paip dan pada 1 Januari 2027 bagi gas asli cecair (LNG).

Bagi kontrak jangka pendek, larangan itu akan bermula pada 25 April 2026 untuk LNG dan pada 17 Jun 2026 untuk gas saluran paip.

Garis masa tersebut perlu mendapat kelulusan akhir daripada Parlimen Eropah dan negara anggota.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN