Kerajaan digesa campur tangan isu gaji syarikat kurier

Kerajaan digesa campur tangan isu gaji syarikat kurier

TANGKAP layar video mengenai tunggakan gaji sebuah syarikat kurier yang tular dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Pemuda Parti Amanah Perak  mendesak kerajaan campur tangan menyelesaikan isu tunggakan gaji sebuah syarikat kurier yang sedang tular dalam media sosial sekarang.

Pengarah Komunikasinya, Mohd. Ikhmal Mohd. Iskandar  berkata, Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa harus mengambil berat dalam menangani isu tersebut.

Pada masa sama, Mohd. Ikhmal yang juga bekas Penyelidik Institut Pengangkutan Malaysia (MITRANS) berharap agar sistem kurier di negara ini dikaji semula bagi mengelak kejadian sama berulang ke atas vendor atau pekerja kurier yang lain.

“Kita berharap kedua-dua menteri itu dapat campur tangan menangani masalah ini bagi mengelak ramai anak muda yang teraniaya oleh permasalahan ini. 

“Pemuda Amanah Perak memandang berat kes pekerja-pekerja syarikat tersebut yang menghadapi masalah kelewatan pembayaran gaji bulan Februari yang kini tular di media-media sosial,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Ikhmal, rentetan daripada kelewatan pembayaran gaji itu, dilaporkan ramai pekerja syarikat itu telah mogok dan tidak datang bekerja sehingga gaji mereka dibayar.

Ujar beliau, situasi itu sedikit sebanyak menjejaskan industri perniagaan dalam talian di mana banyak barang gagal diterima mengikut masa yang ditetapkan.

Malah, jelasnya lagi, banyak aduan daripada penerima memberitahu bahawa mereka tidak menerima barang yang dipesan mengikut masa yang ditetapkan rentetan daripada masalah tersebut. – UTUSAN ONLINE

TANGKAP layar video mengenai tunggakan gaji sebuah syarikat kurier yang tular dalam media sosial. – UTUSAN/MEDIA SOSIAL

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN