Kemalangan: Anggota ATM maut, dua lagi parah - Utusan Malaysia

Kemalangan: Anggota ATM maut, dua lagi parah

KEADAAN lori ATM yang terbalik setelah terlibat kemalangan sehingga mengorbankan seorang anggota tentera di Kilometer 16 Jalan Penawar-Punggai, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) maut manakala dua lagi parah selepas lori pasukan yang dinaiki mereka kemalangan di Kilometer 16 Jalan Penawar-Punggai, di sini semalam.

Dalam kejadian pada pukul 3.40 petang itu, seorang anggota tentera berusia 23 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kenderaan berat itu terbalik di bahu jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, dua anggota tentera lagi parah manakala dua yang lain termasuk pegawai tentera mengalami cedera ringan.

Katanya, kenderaan dinaiki empat anggota dan seorang pegawai tentera itu dalam perjalanan dari pos kawalan tentera di Tanjung Leman, Mersing ke pos kawalan tentera di Tanjung Sepang, Pengerang.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca kerana lori itu gagal memotong dan akibatnya, seorang anggota tentera meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Anggota yang parah kini menerima rawatan lanjut di Hospital Kota Tinggi,” katanya di sini hari ini.

Hussin berkata, siasatan kes berkenaan masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN