Kanak-kanak maut dalam kebakaran - Utusan Malaysia

Kanak-kanak maut dalam kebakaran

ANGGOTA bomba mengusung mayat seorang kanak-kanak perempuan ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Bakar Arang, Sungai Petani hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ditemukan rentung dalam kebakaran di sebuah kilang getah sintetik di Kawasan Perindustrian Bakar Arang di sini hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataan memberitahu, mangsa yang dikenali sebagai Misah Kasih menginap di dalam bangunan yang terbakar itu.

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 4.11 pagi.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah kilang membuat getah sintetik dan api masih dalam keadaan marak. Kebakaran kilang tersebut dianggarkan sebanyak 80 peratus,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat mangsa yang menginap di dalam bangunan tersebut.

“Pasukan pemadam diarah melakukan pemerhatian menyeluruh di lokasi tetapi tidak berjaya kerana api masih marak. Api berjaya dikawal pada pukul 5 pagi dan mangsa berjaya ditemukan pada pukul 7.30 pagi di tingkat atas bangunan itu,” katanya.

Difahamkan ketika kejadian mangsa tidur berseorangan dalam sebuah bilik manakala ibu angkatnya, Norbaizura Abu Bakar, 33, berada di rumahnya di Taman Lembah Merbok, Merbok dekat sini.

Sementara itu, lima ahli keluarga majikan dan dua pekerja pula tidur dalam bilik berasingan di kilang tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN