JSJN mantap kerjasama  tanggani isu dadah di Felda

JSJN mantap kerjasama tangani isu dadah di Felda

Timbalan Ketua Polis Negara, Ayob Khan Mydin Pitchay
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerjasama lebih mantap antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan Majlis Belia Felda Malaysia, Jabatan Pembangunan Komuniti Felda serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dilaksanakan dalam usaha menangani masalah penagihan dadah di kawasan Felda di seluruh negara. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, dengan kerjasama itu, kawasan pencegahan dapat diluaskan sekali gus rawatan dan pemulihan penagihan lebih berkesan.

“Dalam operasi yang dijalankan itu, kita akan memperoleh data penagih dadah daripada  Felda untuk tindakan lanjut bagi rawatan dan pemulihan penagihan.

“Kini, kami mahu menumpukan pendekatan dari segi rawatan dan pemulihan penagih dadah menerusi kerjasama  dengan Majlis Belia Felda Malaysia, Jabatan Pembangunan Komuniti Felda serta AADK,” katanya dalam sidang akhbar, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, kata Ayob Khan, selepas pelaksanaan Op Tapis Khas 1 dan Op Tapis Khas 2, ada kenyataan mengelirukan serta kurang tepat yang menyatakan kawasan Felda adalah lubuk penagihan dadah. 

“Ingin ditegaskan sekali lagi, kita lebih menumpukan aspek rawatan dan pemulihan. Justeru, isu dadah di kawasan Felda ini memerlukan kerjasama semua pihak terutama ahli keluarga yang juga aspek pertama yang dapat mengesan kelainan tingkah laku menjurus kepada najis dadah,”ujarnya.

Tambah beliau, JSJN akan mempergiat operasi dalam waktu terdekat ini sebelum melihat kategori penagih dadah berkenaan sama ada perlu ditahan atau diserah kepada AADK. 

“Selain itu, kami juga akan menjalankan program penerangan di peringkat sekolah rendah dan menengah bagi menghampiri golongan belia dan remaja di kawasan Felda supaya menolak dadah.  

 “JSJN akan memberi sepenuhnya komitmen untuk meneruskan operasi dalam usaha mengatasi isu dadah kerana misi utama kita adalah membanteras kegiatan penyeludupan, pengedaran serta pemprosesan dadah,” katanya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN