JPA tambah baik cuti kuarantin jaga anak hidap penyakit berjangkit

JPA tambah baik cuti kuarantin jaga anak hidap penyakit berjangkit

jpa
Mohd Shafiq Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menambah baik kemudahan cuti kepada penjawat awam bagi menjaga anak yang menghidapi penyakit berjangkit yang memerlukan kuarantin dan pengasingan.

Perkara itu dimaklumkan JPA menerusi surat edaran ditandatangani Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd. Shafiq Abdullah bertarikh 4 Mac lalu.

Mohd Shafiq berkata, nama Kemudahan Cuti Kuarantin turut dipinda kepada ‘Kemudahan Cuti Menjaga Anak Yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan’.

Beliau berkata, kemudahan cuti itu turut menyenaraikan satu lagi senarai penyakit berjangkit iaitu ‘lain-lain penyakit berjangkit yang diperakukan Pegawai Perubatan kerajaan atau swasta’ menjadikan keseluruhan tujuh jenis penyakit.

“Senarai penyakit berjangkit lain termasuk penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMDI), demam denggi dan demam denggi berdarah, Campak (Measles); Chickenpox; Difteria dan Malaria.

“Kadar tempoh cuti atau bilangan hari cuti dikekalkan maksimum lima hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta.

“Bilangan hari cuti juga mengikut mana yang lebih rendah dengan pindaan termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am,” katanya.

Berdasarkan soalan lazim dikeluarkan JPA berhubung kemudahan cuti itu, sekiranya anak penjawat awam disahkan positif Covid-19 dan mendapat perakuan kuarantin atau diasingkan, maka mereka boleh menggunakan kemudahan cuti berkenaan.

Pegawai yang merupakan kontak rapat boleh menggunakan kemudahan ini sekiranya situasi anak yang dijangkiti Covid-19 memerlukan penjagaan dan pemerhatian rapi, pemantauan kesihatan yang ketat dan penyediaan makan minum.

Mohd. Shafiq berkata, pegawai yang memerlukan tempoh tambahan boleh memohon Cuti Rehat atau Cuti Rehat Khas atau cuti-cuti lain yang berkelayakan.

Menurutnya, Ketua Jabatan juga boleh mempertimbangkan Bekerja Dari Rumah (BDR) kepada pegawai yang berupaya melaksanakan tugasan di rumah.

“Panduan tambah baik kemudahan cuti ini turut dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Sebelum ini, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Adnan Mat mahu kerajaan mempertinbang  Covid-19 sebagai penyakit berjangkit dalam Pekeliling Perkhidmatan.

Katanya, langkah itu penting bagi melayakkan ibu bapa menggunakan kemudahan cuti kuarantin bagi menguruskan anak yang dijangkiti wabak berkenaan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya