Jenayah siber: Cari punca kenapa data peribadi boleh bocor - Utusan Malaysia

Jenayah siber: Cari punca kenapa data peribadi boleh bocor

Polis menafikan mesej taktik penipuan baharu ‘Sim Swap’. - Gambar hiasan
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jenayah siber terutama membabitkan sindiket Macau Scam boleh disekat atau dikurangkan  jika pihak berkuasa mampu mencari punca bagaimana kebocoran maklumat peribadi orang ramai boleh dimiliki sindiket-sindiket.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, maklumat peribadi mangsa biasanya diperoleh daripada pihak yang mempunyai akses ke atas maklumat berkenaan seperti institusi perbankan dan syarikat telekomunikasi (TELCO).

Penganalisis jenayah, Shahul Hamid Abdul Rahim

“Kebanyakan sindiket apabila berhubung dengan mangsa turut dengan memaklumkan nama dan nombor kad pengenalan mangsa dengan tepat sehingga mereka percaya panggilan itu adalah daripada pihak berkuasa.

“Jadi agensi yang mempunyai kuasa perlu kenal pasti bagaimana maklumat itu boleh bocor walhal maklumat peribadi dilindungi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, selagi kebocoran maklumat peribadi orang awam boleh `dicuri’ atau dikongsi dengan sindiket, masalah penipuan akan terus berupaya mencari mangsa-mangsanya.

Dalam pada itu, Shahul Hamid  mengingatkan, bagi pengguna internet  mereka tidak boleh  sesekali memberikan data peribadi mereka kepada pihak lain terutamanya melalui medium media sosial.

Peluang kepada scammer

Kata beliau, jika pengguna internet berbuat demikian ia seolah-olah memberi peluang kepada ‘scammer’ melakukan jenayah terhadap mereka.

“Kadangkala ada pengguna yang membocorkan nombor telefon mereka di Facebook, contohnya jika ingin membeli barangan melalui medium itu.

“Jika menerima panggilan daripada pihak yang mendakwa daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis atau mahkamah, matikan panggilan itu dan terus dapatkan pengesahan daripada pihak berkaitan,” ujar beliau.

Beliau berkata, pihak kerajaan atau pihak berkuasa tidak akan sewenang-wenangnya menelefon dan mendakwa seseorang individu itu mempunyai tunggakan hutang atau sebagainya  malah sebarang prosedur perlu melalui notis atau surat rasmi.

Baru-baru ini, Utusan Malaysia melaporkan rakyat Malaysia mudah terpedaya dengan ancaman siber kerana sikap cuai pengguna internet sendiri ketika mereka melakukan transaksi secara dalam talian.

Antaranya, mereka memilih kata laluan ringkas dan menggunakan capaian internet terbuka di premis perniagaan sehingga mudah digodam.

Susulan kelemahan dari pengguna itu sebanyak 41,639 kes ancaman siber direkodkan dalam tempoh lima tahun sejak 2017 hingga 2021 yang membabitkan kandungan; penggodaman; pencatatan laman web; buli siber (cyber harassment); perisian hasad (malware); pancingan (phishing); spam, kod berbahaya dan penipuan.

Jumlah itu melibatkan 8,523 kes pada 2017, 11,055 kes (2018), 10,982 kes (2019), 11,386 kes (2020) dan 10,433 insiden untuk tahun lalu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.