Hantar bahan lucah, lelaki didenda RM10,000

Hantar bahan lucah, lelaki didenda RM10,000

Abdul Wahab Ismail (dua kanan) diiring keluar dari Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dijatuhi hukuman denda RM10,000 setelah mengaku bersalah atas pertuduhan menghantar kandungan lucah melalui aplikasi Facebook messenger di Mahkamah Sesyen hari ini.

Tertuduh Abdul Wahab Ismail,31, mengaku bersalah atas dua pertuduhan menghantar bahan atau kandungan lucah pada tiga tahun lalu dihadapan Hakim, Noor Hafizah Mohd. Salim.

Hakim menjatuhkan hukuman denda RM5,000 bagi setiap pertuduhan dan jika gagal bayar, tertuduh boleh dipenjara selama tempoh tiga bulan.

Bagi pertuduhan pertama, Abdul Wahab didakwa melakukan hantaran bahan lucah kepada seorang wanita pada 4 September 2019, kira-kira pukul 9.56 malam atas nama profil Web’z Wakluu D’xsite di Kampung Tarap, Bongawan, Papar. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN