Gelaran Ketua Menteri cukup baik-Hajiji

Gelaran Ketua Menteri cukup baik-Hajiji

HAJIJI Noor (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Baiduri sambil disaksikan oleh Shahelmey Yahya (kiri) dan Safar Untong (kanan) di Menara Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Belum ada sebarang cadangan untuk mengubah gelaran Ketua Menteri kepada Premier di Sabah, kata Datuk Seri Hajiji Noor.

“Saya ingat panggilan Ketua Menteri pun setakat ini cukup baik,” katanya dalam sidang akhbar selepas pelancaran Inisiatif Bantuan Dana e-Kasih caruman i-Suri (Baiduri) di Menara Kinabalu hari ini, kata Ketua Menteri Sabnah itu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pertukaran gelaran Ketua Menteri Sarawak secara rasmi kepada ‘Premier Sarawak’ bermula hari ini.

Hari ini, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion berkata, susulan pertukaran gelaran itu maka, Pejabat Ketua Menteri Sarawak kini dikenali sebagai Pejabat Premier Sarawak.

Mengenai isu menarik semula penggantungan pengeluaran sijil anak negeri, Hajiji berkata, perkara itu akan dikaji dan diperhalusi terlebih dahulu.

Jelas beliau, Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan menerusi Jabatan Hal Ehwal Anak Negeri akan mengkaji secara teliti mengenai keperluan menarik semula penggantungan tersebut.

“Kita berharap ada satu penyelesaian terbaik supaya mereka yang benar-benar layak akan mendapat keistimewaan sebagai Sino anak negeri atau Sino KDM.

“Perkara ini perlu dikaji dan diperhalusi oleh jabatan berkaitan di bawah kementerian tersebut,” katanya.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Sino Kadazan Dusun Murut (KDM) Sabah, Johnny Goh mencadangkan agar kerajaan menarik balik penggantungan pengeluaran sijil anak negeri yang dibekukan sejak tahun 1982.

Johnny berkata, Sabah perlu menarik balik penggantungan itu susulan langkah Sarawak mengiktiraf anak hasil perkahwinan campur sebagai anak negeri.

Hadir sama ialah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Shahelmey Yahya dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong.UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.