Exco cadang pelajar nakal diletak dalam sel banduan - Utusan Malaysia

Exco cadang pelajar nakal diletak dalam sel banduan

MUHAMAD Akmal Saleh memegang rotan yang digunakan Jabatan Penjara untuk hukuman sebat ketika hadir ke Pameran Metamorfosis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pelajar sekolah di negeri ini yang dikesan mempunyai masalah sosial kritikal akan ditempatkan dalam sel banduan di muzium penjara, sebagai salah satu kaedah didikan secara psikologi.

Cadangan itu dikemukakan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr. Muhamad Akmal Saleh selepas mengambil kira peningkatan kes pelajar bermasalah termasuk kejadian pergaduhan melibatkan guru.

Katanya, beliau akan mencadangkan inisiatif itu dalam Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri (MMKN) esok untuk dipertimbangkan secara bersama.

“Saya akan bincang dalam mesyuarat Exco esok untuk kita mulakan di sekolah-sekolah di negeri Melaka, kita kenal pasti anak-anak yang mempunyai masalah sosial kritikal.

“Kita akan bekerjasama dengan Muzium Penjara untuk bawa mereka ke sini untuk bukan sekadar belajar tetapi merasai sendiri pengalaman duduk dalam sel yang sempit selama 20 minit,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pameran Metamorfosis Di Sebalik Tembok di Muzium Penjara, Banda Hilir di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Muzium Penjara Malaysia, Mohd. Saifullah Md. Akhir dan Pengarah Penjara Melaka, Roslan Mohamed.

Muhamad Akmal berkata, hukuman secara psikilogi itu juga diyakini lebih berkesan berbanding kaedah mendisiplinkan pelajar menggunakan rotan.

“Kalau kita rotan anak-anak ini, bagi hukuman lain kurang berkesan tetapi kalau kita bagi dia rasa sendiri duduk dalam penjara, tengok orang (video) kena sebat. Ini akan ubah persepsi mereka supaya tidak melakukan kesalahan serius sehingga masuk penjara, di mana kebebasan mereka akan diambil,” jelasnya.

Beliau juga menyeru agar ibu bapa dapat bersama-sama memainkan peranan dengan membawa anak-anak ke muzium tersebut untuk mendidik dan melihat sendiri kesan akibat perbuatan jenayah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.