rasuah TNB

Enam lelaki direman empat hari sogok pegawai TNB

ENAM lelaki direman empat hari oleh Mahkamah Majistret Ipoh hari ini untuk membantu siasatan kes sogok pegawai TNB bagi melindungi kegiatan mencuri elektrik. - UTUSAN/ASLIZA MUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Enam lelaki direman empat hari bagi membantu siasatan kes sogok pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM153,500 bagi melindungi kegiatan mencuri elektrik.

Mereka yang berusia 29 hingga 67 tahun itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini untuk permohonan reman.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus membenarkan permohonan SPRM menahan reman keenam-enam suspek bermula hari ini hingga Jumaat.

Terdahulu, kesemua suspek tiba di pekarangan mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi dengan berpakaian lokap SPRM.

Difahamkan, keenam-enam suspek ditahan dalam Op Power oleh SPRM semalam kerana disyaki memberi wang rasuah antara RM500 hingga RM15,000 kepada Pegawai TNB Zon Utara dan Zon Selatan.

Rasuah secara bulanan itu sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap mereka kerana melakukan aktiviti mencuri elektrik bagi menjalankan kegiatan perlombongan bitcoin dan operasi kilang kayu.

Difahamkan, jumlah keseluruhan wang rasuah yang diberikan kepada pegawai TNB berkenaan berjumlah RM153,500.

Kesemua suspek yang ditahan di beberapa lokasi di Perak akan disiasat di bawah Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd. Fauzi Mohamad mengesahkan kes berkenaan dan memberitahu siasatan sedang dijalankan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya