Dr. Suzana Sulaiman TNC UiTM yang baharu

Dr. Suzana Sulaiman TNC UiTM yang baharu

SUZANA SULAIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi MARA (UiTM) hari ini mengumumkan pelantikan Pensyarah Kanan Fakulti Perakaunan, Profesor Datin Dr. Suzana Sulaiman  sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang baharu berkuat kuasa 1 Mac lalu.

Suzana dilantik mengisi jawatan tersebut bagi menggantikan Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor yang kini merupakan Naib Canselor UiTM.

Malah, sejak dilantik sebagai Naib Canselor pada September tahun lalu, jawatan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa yang dipegang beliau kemudian dipangku Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP), Profesor Dr. Mohd. Sazili Shahibi.

UiTM dalam satu kenyataan berkata, Suzana merupakan seorang ahli akademik yang memiliki akreditasi profesional serta sangat berkredibiliti dalam bidangnya. 

“Beliau banyak bergiat aktif dalam penyelidikan dan konsultasi. Beliau merupakan seorang ahli majlis Malaysia Institute of Accountants (MIA) dan ahli Lembaga Penyelidikan Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) United Kigdom (UK) dan adalah ahli akademik yang pertama dilantik dari Asia.

“Pada tahun lepas, pencapaian terbaik beliau ialah apabila CIMA UK Research Excellence Award 2021 menyampaikan dua anugerah kepadanya iaitu Outstanding Contribution in Malaysia dan Regional Champion (Asia Pasific) CIMA Coursework Teaching,” katanya.

Jelas kenyataan itu lagi, perjalanan pendidikan tinggi Suzana  bermula dengan memperolehi Diploma Perakaunan dari ITM (kemudiannya UiTM) dan selepas itu menyambung pembelajarannya di CIMA, London United Kingdom. 

UiTM menambah, beliau mula berkhidmat sebagai pensyarah di universiti berkenaan pada tahun 1991 setelah dianugerahkan Sarajana Perakaunan (dengan kepujian) daripada Curtin University of Technology, Perth, Australia.

“Pada tahun 1997, beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat doktor falsafah di Universiti Edinburgh, Scotland, England dalam bidang pengkhususan Pengurusan Perakaunan dan berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh dua tahun sembilan bulan,” jelasnya.

Mengulas lanjut kenyataan tersebut memaklumkan, Suzana turut pernah memegang beberapa jawatan pentadbiran universiti sebagai Penolong Naib Canselor di Institut  Kepimpinan & Pengurusan Kualiti (iLQAM) serta PNC Institut Kualiti & Perkembangan Ilmu (InQKA),Ketua Pusat Penyelidikan Perakaunan Pengurusan Asia (AMARC), dan Timbalan Dekan (Akademik), Institut Penyelidikan Perakaunan (ARI).

Tambahnya lagi, Suzana juga merupakan seorang akauntan bertauliah dari Fellow Chartered Management Accountant (FCMA), UK, ahli Chartered Global Management Accountant (CGMA) dan Akauantan Bertauliah CA) dan MIA.

“Beliau sentiasa menerima pelawaan dan undangan sebagai penceramah dari organisasi luar seperti Jabatan Akauntan Negara Malaysia, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara, CIMA Malaysia, Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Universiti Tenaga Nasional (Uniten), MIA dan Shell Brunei.

“Beliau juga adalah salah seorang Pengarah Bebas Bukan Eksekutif, Destini Berhad dan Pengerusi untuk dua jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Audit dan Jawatankuasa Risiko,” ujarnya. UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya