Covid - 19 : Segera lakukan ujian saringan jika bergejala

Covid – 19 : Segera lakukan ujian saringan jika bergejala

DOUGLAS Uggah Embas (berdiri tengah) berucap kepada penduduk kampung pada mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali parti PBB Ranting Rimbas Ulu (cawangan kecil) di Dewan Rimbas Tengah di sini semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SPAOH: Penduduk  luar bandar di negeri in disarankan untuk segera lakukan ujian saringan Covid-19 sekiranya bergejala, kata Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Beliau menasihatkan mereka yang mengalami sakit tekak, batuk, demam, sakit otot, badan dan lain-lain agar segera mendapatkan rawatan perubatan.

“Pergi ke klinik atau hospital berdekatan anda untuk pemeriksaan. Jangan main-main,” kata Douglas ketika memberi nasihat pada mesyuarat perwakilan trienniel Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Ranting Rimbas Ulu (cawangan kecil) di Dewan Rimbas Tengah di sini hari ini.

Beliau berkata adalah berisiko bagi mereka yang tinggal berasal luar bandar atau rumah panjang untuk tidak pergi mendaaptkan rawatan di klinik atau hospital apabila mereka kesakitan dan demam.

“Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. Ini sangat kritikal bagi mereka yang lebih tua dan mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

“Setakat ini sudah ada tujuh kes individu yang dibawa meninggal di luar hospital (BID), termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Sibu.

“Mereka atau ahli keluarga mereka mungkin tidak mengetahui simptomnya menyebabkan mereka tidak mendapatkan sebarang nasihat dan membawanya ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera,” tambah Douglas.

Douglas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata dengan lonjakan kes baharu, adalah sangat penting untuk semua orang terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Virus itu jelas masih bersama kita. Kekalkan penjarakan fizikal apabila anda menghadiri mana-mana majlis perkahwinan atau pengebumian.

“Pakai topeng muka dan patuhi kebersihan diri yang tertinggi,” katanya.

Mengulas mengenai mesyuarat perwakilan tiga tahun sekali oleh semua ranting PBB di seluruh negeri, beliau berkata ia penting bagi memilih pemimpin dan ahli jawatankuasa untuk bahagian bapa, wanita dan pemuda masing-masing.

“Sila pilih mereka yang boleh membimbing dan memimpin anda dengan baik.

“Mereka sepatutnya dapat menyuarakan masalah dan harapan anda kepada pihak atasan dalam parti.

“Untuk ini mereka mesti biasa dengan situasi di lapangan.” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN