Chin Tong hanya calon pengembara - Nur Jazlan

Chin Tong hanya calon pengembara – Nur Jazlan

NUR Jazlan Mohamed (berdiri) turut mengambil peluang bertemu orang ramai ketika menyertai program tinjauan mesra di sekitar Perling, Johor Bahru, di sini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Peluang Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perling tipis apabila pengundi di kawasan berkenaan dilihat menolak beliau atas faktor calon pengembara.

Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, rekod negatif Chin Tong yang berpindah randah itu akan memberi kelebihan kepada calon Barisan Nasional (BN), Tan Hiang Kee.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai berkata, maklumat terkini yang diterima menunjukkan pengundi kaum Cina sendiri turut menolak pemimpin DAP tersebut. 

“Maklumat awal yang saya dapat, mereka (pengundi) menolak calon Chin Tong kerana dia merupakan seorang calon pengembara. Mula-mula jadi wakil rakyat di Pulau Pinang, kemudian jadi wakil rakyat di Kluang.

“Lepas itu kalah bertanding di Ayer Hitam, sekarang nak bertanding di Johor Bahru pula. Dari Parlimen kini nak bertanding di DUN.

“Nampak sangat dia ini merupakan calon pengembara yang tidak akan dapat memberi khidmat efektif kepada masyarakat setempat,” katanya ketika menyertai program tinjauan mesra  bertemu rakyat di sekitar DUN Perling, hari ini.

Tambah Nur Jazlan, calon BN dilihat mempunyai potensi besar untuk melakar kejutan dengan menewaskan nama besar DAP Johor itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini.

Katanya, kehadiran bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke DUN Perling sebelum ini turut memberi impak positif terhadap peluang kemenangan calon BN.

“Sambutan diberi kepada beliau (Najib) amat meriah dan saya dimaklumkan Setiausaha Agung DAP (Lim Guan Eng) dan calonnya (Chin Tong) telah turun ke kopitiam sama satu jam sebelum itu, namun tidak dilayan dan tidak dihiraukan pengunjung di situ.

“Jadi itu menunjukkan bahawa kempen menggunakan retorik kluster mahkamah yang dibawa pembangkang termasuk DAP tidak berjaya kikis populariti Datuk Seri Najib.

“DAP ditolak masyarakat Cina di sini manakala Datuk Seri Najib pula yang akan diangkat menjadi orang popular di DUN Perling, nampaknya ini tanda baik untuk BN menang di kawasan Perling ini,” jelasnya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya