JOHOR BAHRU: Tujuan DAP mengetengahkan calon-calon Melayu terutama dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah perancangan jangka panjang untuk mengubah persepsi terhadap parti itu sebagai perkauman. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan, Liew Chin Tong berkata, DAP bukanlah parti berteraskan Cina sebaliknya mewakili semua kaum termasuk Melayu dan India. Malah, tegas Pengerusi DAP Johor itu, penampilan calon Melayu dari DAP bukan untuk mengejar jawatan menteri besar. “Bagi…










