[PAU 2021] BN tidak perlu ihsan dari Pas terajui Pahang - Utusan Malaysia

[PAU 2021] BN tidak perlu ihsan dari Pas terajui Pahang

MOHD. SHARKAR SHAMSUDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) tidak perlu ihsan daripada mana-mana pihak untuk menjalankan urusan pentadbirannya termasuk daripada Pas.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohd. Sharkar Shamsudin berkata, ini kerana BN masih mempunyai majoriti sah untuk membentuk kerajaan negeri tanpa sokongan daripada parti tersebut.

“Kita tidak pernah bercampur (dalam pentadbiran negeri) dengan Pas, kita ada majoriti sah. (Hubungan baik dengan) Pas kerana dulu dia dalam Muafakat Nasional (MN), jadi mereka rapat dengan kita (UMNO), tetapi sekarang mereka tidak bersama kita lagi. Tetapi saya tidak tahu (pendirian terbaharu mengenai MN).

“Campur Pas kita ada 2/3 majoriti tetapi sekiranya Pas tidak lagi bersama (menyokong kita), kita masih ada majoriti sah, maksudnya kita tak perlu berkongsi kuasa dengan siapa-siapa, kita tak perlu nak minta ihsan daripada orang lain,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC) , hari ini.

Tambah Mohd. Sharkar, UMNO dan BN di Pahang masih teguh walaupun negara berdepan tsunami politik ketika Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018.

“Pahang agak unik kerana salah satu negeri, selain Perlis, ketika dilanda tsunami politik, (BN) Pahang masih bertahan,” katanya.

Terdahulu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara terbuka menggesa pengundi Johor ‘merehatkan’ UMNO untuk mengelakkan berlaku salah laku, penyelewengan dan rasuah.

Kenyataan itu dikeluarkan sehari selepas Timbalannya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan kerjasama Pas-UMNO menerusi MN belum ditamatkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya