Banjir landa beberapa kawasan KL, Selangor

Banjir kilat landa beberapa kawasan KL, Selangor

KEADAAN kereta yang ditenggelami banjir kilat di kawasan tempat letak kenderaan berhampiran Wisma UOA di Kuala Lumpur hari ini. - FOTO/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Banjir kilat dilaporkan melanda beberapa kawasan di sekitar ibu negara Kuala Lumpur, berdasarkan beberapa video yang tular di media sosial.

Perkara itu berlaku selepas hujan lebat sejak pukul 3 petang menyebabkan beberapa jalan utama mula dinaiki air.

Antaranya Jalan Kuchai Lama dan Sungai Besi, sehingga beberapa kenderaan dilihat ditenggelami air di tengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.

Banjir turut melanda di Jalan Persekutuan, apabila dilaporkan kenderaan terpaksa membuat pusingan-U kerana paras air yang tinggi.

JALAN raya di Kuchai Lama turut dinaiki air banjir akibat hujan lebat hari ini.

Selain itu, air di Sungai Klang didapati melimpah sehingga di hadapan Masjid Jamek, Jalan India turut dinaiki air, malah jalan menuju ke Pudu juga dinaiki air.

Lebuhraya Bukit Jalil dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban dilaporkan terjejas teruk dengan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.

Turut terkesan dengan banjir kilat adalah Jalan Cheras, Jalan Sultan Ismail, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Parlimen, Jalan Raja Chulan, Jalan Tun Perak dan Jalan Ampang.

Empat kawasan di sekitar Gombak turut dinaiki air selepas hujan lebat pada waktu petang.

Antara kawasan terjejas iaitu Bandar Baru Sungai Buloh,  Kampung Gombak Batu Arang, Kampung Melayu Kundang dan Kampung Melayu Sungai Serai, Batu Arang.

LEBUHRAYA Kesas turut dilanda banjir kilat.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, kejadian berkenaan telah menyebabkan lebih 50 kediaman terjejas namun tiada pemindahan dilakukan.

Sementara itu, kata beliau, kejadian banjir yang berlaku di Jalan Masjid Kampung Gombak Batu Arang dekat sini telah menyebabkan tiga kediaman terjejas.

“Kejadian kira-kira pukul 3 petang itu telah menyebabkan air naik dengan kedalaman lebih 1 kaki.

“Bagaimanapun air tidak memasuki rumah dan air semakin surut. Tiada pemindahan mangsa dilakukan,” jelasnya.

Terowong SMART umum ditutup sepenuhnya bagi persediaan operasi banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya