Bangkai ikan di Telok Gong dibuang nelayan, tiada nilai komersial

Bangkai ikan di Telok Gong dibuang nelayan, tiada nilai komersial – KM Melaka

IKAN didakwa jenis Tamban Pias yang dikatakan dibuang nelayan kerana tiada nilai komersial terdampar di sepanjang pantai Telok Gong, Alor Gajah, Melaka. - FOTO/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kejadian gempar ratusan bangkai ikan ditemui terdampar di Pantai Telok Gong, Alor Gajah di sini semalam merupakan ikan Tamban Pias yang dipercayai dibuang nelayan kerana tidak mempunyai nilai komersial. 

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, sampel bangkai ikan telah diambil Unit Biosekuriti Perikanan, Jabatan Perikanan negeri bagi tujuan persampelan oleh Pegawai Penyelidik Institut Penyelidikan Perikanan (FRI) Batu Maung, Pulau Pinang. 

Katanya, hasil ujian makmal bagaimanapun tidak menjumpai sebarang faktor pencemaran alam sekitar yang menyebabkan kematian ikan tersebut, sebaliknya dipercayai hasil laut itu telah dibuang nelayan. 

“Pada pukul 9 malam tadi, Unit Biosekuriti Perikanan telah mengambil sampel dan didapati hanya satu spesies ikan iaitu dikenali sebagai Tamban Pias oleh penduduk tempatan. 

“Ulasan diberikan adalah ikan ini rata-ratanya bersaiz lima inci dan tiada kemungkinan disebabkan pencemaran, sebaliknya adalah tindakan nelayan membuang ikan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini. 

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, ikan tersebut dipercayai dibuang kerana ia tidak mempunyai nilai dalam pasaran. 

“Ini disebabkan sifat semula jadi ikan ini yang mempunyai bau hanyir, rasa tawar dan tulang terlalu banyak. 

“Mengenai dakwaan kononnya berlaku tumpahan minyak, pemeriksaan telahpun dilakukan dan kita tidak menjumpai tanda-tanda pencemaran di sepanjang pantai malah keadaan air juga normal,” jelasnya. 

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, penduduk di Telok Gong gempar apabila ratusan ikan Selangat dan Tamban ditemukan terdampar di sepanjang pesisir pantai di kawasan itu kira-kira tiga kilometer.

Bangkai ikan yang terdampar juga mula mengeluarkan bau kurang menyenangkan dengan sebahagiannya dalam keadaan isi perut terburai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.