peruntukan tambahan

ATM perlu peruntukan tambahan selenggara aset

IKMAL Hisham Abdul Aziz menanam pokok bonsai sebagai simbolik pelancaran Program Jiwa Murni Tentera bersama Warga Felda Kemahang, Kemahang 1, Tanah Merah hari ini. - UTUSAN/BAHRUDDIN HATTA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Kementerian Pertahanan memerlukan peruntukan tambahan untuk menyelenggara aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kini digunakan bagi membantu rakyat ketika bencana banjir.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, jika aset berkenaan termasuk trak tentera dan pelbagai peralatan lain tidak diselenggara, ia akan menyukarkan tugasan menyelamat. 

Beliau berkata, setakat ini pihak ATM tiada aset khusus yang digunakan untuk menguruskan banjir.

“ATM tiada aset khusus yang digunakan untuk banjir maka pihak terbabit menggunakan aset pertahanan untuk menjaga ketenteraman negara yang sedia ada.

“Apabila tiba musim banjir termasuk banjir luar jangka seperti yang berlaku di Selangor dan Pahang baru-baru ini, aset ATM tidak mencukupi dan hanya menggunakan keperluan dan aset yang sedia ada,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Program Jiwa Murni (PJM) Sempena Program Pemimpin & Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bersama Rakyat di Felda Kemahang, Tanah Merah, di sini hari ini.

Ikmal Hisham berkata, perkara ini perlu dibawa ke peringkat pihak bertanggungjawab, memandangkan ia memerlukan bajet untuk penyelenggaraan yang sewajarnya bagi penugasan bencana alam. 

Dalam perkembangan yang sama, beliau turut memohon peruntukan bagi membaiki kuarters ATM supaya persekitaran lebih kondusif bagi meningkatkan moral anggota.

“Perkara ini perlu diberi perhatian dalam usaha meningkatkan semangat anggota ATM untuk bertugas, jika kediaman uzur dan bocor bagaimana mereka mahu berkerja lebih semangat,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN