AIU cipta sejarah anjur konvokesyen pertama

AIU cipta sejarah anjur konvokesyen pertama

SEBAHAGIAN daripada graduan bergambar selepas Majlis Konvokesyen Al-Bukhary International University (AIU) yang julung kali diadakan di Alor Setar, Kedah, hari ini. - FOTO/SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) semalam mencipta sejarah dengan penganjuran konvokesyen pertamanya di kampus universiti berkenaan di sini hari ini.

Sebanyak 145 penuntut dari seluruh dunia menerima ijazah dan sijil masing-masing terdiri 51 graduan sarjana muda daripada tiga program pengajian dan 95 graduan Pengajian Asasi.

Hadir meraikan acara bersejarah itu adalah Pengasas AIU, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary; Canselor yang juga pemenang Anugerah Nobel Keamanan, Prof. Muhammad Yunus; Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Abd. Aziz Tajuddin dan Penasihat AIU, Datuk Seri Idris Yusup.

Lebih manis, konvokesyen bertemakan Peningkatan Minda turut disaksikan oleh anggota keluarga graduan tersebut.

Selain ijazah dan sijil, turut disampaikan anugerah iaitu Anugerah Khas Sharifah Rokiah, Anugerah Naib Canselor, dan Pelajar Terbaik untuk Pengajian Asasi.

Naib Canselor ketika berucap pada majlis tersebut berkata, AIU komited dalam menyediakan pengajian tertinggi dalam kepakarannya kepada generasi muda dalam kalangan kurang berkemampuan bukan sahaja dari Malaysia malah seluruh dunia.

“AIU adalah universiti swasta yang konsisten dengan falsafah kami untuk mengurangkan jurang dalam bidang Perniagaan Sosial. Impian AIU adalah satu hari nanti apabila kita memperkatakan tentang Perniagaan Sosial kita memperkatakan tentang AIU.

“Misi kami adalah untuk mencipta peluang dan membolehkan penuntut mencapai kebolehan tertinggi mereka ke arah perubahan sosial dan pengembangan pendidikan,” katanya.

Katanya, ketika ini universiti menawarkan 16 program yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) di bawah tiga pusat pengajian yang menaungi hampir 900 penuntut dari 56 negara dengan sokongan 46 tenaga pengajar serta 50 kakitangan pentadbiran.

“AIU dengan bangganya mengumumkan tiga programnya iaitu, Pentadbiran Perniagaan, Perniagaan Perniagaan (Pemasaran) dan Perniagaan Pentadbiran (Pengurusan Sumber Manusia) menerima akreditasi MQA pada 2021.

“Universiti juga berusaha keras untuk mendapatkan akreditasi untuk pengajian sarjana bagi Perniagaan Sosial yang sudah dihantar kepada MQA untuk kelulusan. Selain itu program Pengajian Asasi universiti juga mendapat akreditasi MQA tahun ini,” katanya.

Dalam meningkatkan akreditasi universiti berkenaan, kata beliau, AIU berjaya menghasilkan 40 penerbitan kajian sejak 2020 daripada pasukan inovasi dan kajiannya termasuk jurnal Perniagaan Sosial yang diharapkan menjadi rujukan dalam bidang berkaitan.

Bercakap kepada pemberita selepas acara tersebut, kata beliau, kesemua penuntut AIU menerima biasiswa daripada Yayasan Albukhary yang dimiliki dermawan berkenaan termasuk yuran pengajian sehingga RM70,000 setahun selain elaun serta kemudahan penginapan.

“Sebanyak 87 peratus pelajar adalah dari luar negara dan 13 peratus dalam negara,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya