Agenda perumahan ATM tetap keutamaan saya - PM

Agenda perumahan ATM tetap keutamaan saya – PM

ISMAIL Sabri Yaakob (lima dari kanan) bersama Hishammuddin Tun Hussein (empat dari kanan) serta sebahagian para penerima rumah pada majlis pelancaran RKMAT Kem Segamat di Kem Segamat, semalam. - FOTO/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Walaupun tidak lagi berkhidmat sebagai Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tetap menjadikan agenda perumahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebagai keutamaan.

Perdana Menteri bagaimanapun mengakui masalah perumahan yang dihadapi anggota tentera ketika ini.

“Saya menyedari ada rumah tentera yang agak usang, malah spesifikasinya juga tidak lagi sesuai menyebabkan ada warga tentera terpaksa menyewa di luar dengan harga yang tinggi.

“Terdapat hampir 4,600 unit Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) telah sedia diduduki melibatkan kem di seluruh negeri Johor termasuk 305 unit di Kem Segamat,” katanya.

Justeru, beliau berkata, kesejahteraan anggota tentera dan keluarga menjadi komitmen kerajaan untuk menyediakan perumahan yang kondusif dan selesa.

“Biarpun tidak lagi bersama ATM, agenda perumahan untuk anggota tetap menjadi keutamaan saya,” katanya.

Semalam, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan melalui Perdana Menteri sentiasa meletakkan RKMAT dalam perancangan utama termasuklah dalam Belanjawan 2022 dan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Katanya, ini menunjukkan betapa penting agenda perumahan warga ATM kerana jasa perwira negara yang tidak terhitung dan pengorbanannya lebih daripada mereka yang berhak untuk tinggal di kediaman yang selesa dan selamat bersama ahli keluarga.

“Oleh sebab itu Perdana Menteri telah menetapkan usaha menyediakan lebih banyak RKMAT sebagai salah satu petunjuk prestasi utama (KPI) saya selaku Menteri Kanan Pertahanan.

“Alhamdulillah, dalam tempoh beberapa bulan ini sahaja beliau telah melihat sendiri 2,000 unit RKMAT di Taman LTAT Bukit Jalil November tahun lalu dan 305 unit RKMAT di Kem Segamat,” katanya. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN