3 termasuk pengurus syarikat ditahan SPRM kemuka dokumen palsu 4.2 juta pound

Tiga termasuk pengurus syarikat ditahan SPRM kemuka dokumen palsu 4.2 juta pound

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga individu termasuk seorang pengurus besar syarikat warga Korea ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu bagi mendapatkan pinjaman berjumlah kira-kira 4.2 juta pound daripada sebuah syarikat antarabangsa yang beroperasi di ibu negara.

Penahanan kesemua suspek berusia lingkungan 30-an hingga 40-an itu dilakukan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya antara pukul 2 petang sehingga 12 malam semalam ketika hadir memberi keterangan.

Satu sumber memberitahu, reman tiga hari dibenarkan Majistret Mahkamah Putrajaya, Shah Wira Abdul Halim terhadap dua suspek termasuk pengurus besar bermula hari ini sehingga 1 April.

Seorang lagi pula ditahan  lima hari sehingga 3 April ini selepas SPRM mengemukakan permohonan tersebut di mahkamah berkenaan pagi ini.

“Warga Korea tersebut adalah pengurus besar di syarikat antarabangsa tersebut dan dipercayai bersubahat bersama dua individu berkenaan.

“Mereka dikatakan membuat pinjaman tersebut bagi tujuan pembelian 24 buah kenderaan terpakai daripada luar negara pada tahun 2015,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut.

Jelas beliau, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN