Tiada perebutan, 56 kerusi PN selesai dibahagi - Utusan Malaysia

Tiada perebutan, 56 kerusi PN selesai dibahagi

Pemimpin Perikanan Nasional (PN) iaitu Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin: Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai melakukan gimik sempena Pelancaran PN Johor di Taman Pasak Indah, Kota Tinggi. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan pihaknya telah memuktamad agihan kerusi antara parti-parti komponen gabungan itu yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, perkara itu diselesaikan tanpa melibatkan sebarang pergaduhan atau perselisihan faham antara parti terlibat.

“Rundingan agihan kesemua 56 kerusi antara parti-parti komponen dalam PN sudah selesai. Senarai calon yang akan dikemukakan juga sudah dimuktamad dan kita akan serahkan kepada polis, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Insolvensi sebelum nama mereka diumumkan dalam beberapa hari akan datang.

“Ini memang langkah biasa yang kita lakukan untuk memastikan semua calon disemak,” katanya ketika Majlis Pelancaran PN Johor yang diadakan di Padang Awam Taman Pasak Indah, di sini malam tadi.

Yang turut hadir, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai serta barisan kepimpinan PN lain.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata, pihaknya mahu agar sejarah baharu negara dilakar dan dimulakan di Johor.

“Tidak salah untuk orang Johor tinggalkan UMNO, tidak sukar kerana telah ramai individu termasuk pimpinan tertinggi UMNO dahulu pada akhirnya tidak lagi bersama UMNO.

“Meninggalkan UMNO untuk bersama kita adalah satu ibadah kerana kita tidak bersama dengan pemimpin yang penuh rasuah dan melakukan salah guna kuasa. Tinggalkan UMNO dan BN dan boleh bersama kita, pilihlah sama ada bersama Bersatu, Pas ataupun Gerakan, ini semua bersih,” jelasnya.

Dalam pada itu, PN turut melancarkan lagu rasmi gabungan itu yang bertajuk ‘Kami Perikatan Nasional’. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya