Perkasakan pelajaran jawi di sekolah rendah

Perkasakan pelajaran jawi di sekolah rendah

USAHA memartabatkan semula tulisan Jawi perlu bermula daripada sekolah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) seharusnya memikirkan semula cara untuk memperkasakan mata pelajaran Jawi di sekolah rendah. Buat masa ini mata pelajaran Jawi ditempelkan dalam mata pelajaran Pendidikan Agama Islam menyebabkan hilang serinya.

Kita mahukan mata pelajaran ini diletakkan khusus sebagai mata pelajaran elektif selama 60 minit seminggu. Seeloknya waktu tidak digabungkan bagi mengelakkan murid cepat rasa bosan.

Tulisan Jawi adalah pusaka bangsa yang tidak sepatutnya dibiarkan menghilang daripada muka bumi. Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu yang tidak ternilai harganya. Ia juga sebagai nadi menggerakkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Walau bagaimanapun, tulisan ini menjadi hampir tidak digunakan dalam masyarakat Malaysia.

Maka tugas Kementerian Pendidikan untuk mengangkat semula martabat tulisan Jawi perlu bermula melalui guru-guru di sekolah rendah lagi.

Melalui penguasaan tulisan Jawi akan membantu murid -murid menguasai bacaan al-Quran dengan lebih cepat.

Di peringkat sekolah pula hendaklah sama -sama mengangkat martabat tulisan inii dengan mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan tulisan Jawi, membaca teks Jawi, buku skrap dan sudut Jawi.

Ia juga boleh dilakukan dengan memperbanyakkan kata-kata motivasi dalam tulisan Jawi di dinding sekolah. Tulisan Jawi merupakan kesenian yang harus dikekalkan bermula sejak di bangku sekolah rendah lagi.

Sejarah tulisan Jawi berdasarkan penemuan batu bersurat pada tahun 1303 di Terengganu. Tulisan Jawi mencapai kegemilangannya pada abad ke-18. Hal ini terbukti dengan wujudnya akhbar Melayu seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman.

Tulisan Jawi dapat dimartabatkan kembali ke tampuk asalnya dengan segala kemegahan sekiranya usaha yang sungguh-sungguh ditonjolkan dari peringkat atas hinggalah ke peringkat akar umbinya.

Semoga semakin ramai murid celik Jawi dengan usaha yang berterusan bermula dari sekarang.

CIKGU OTAI
Pahang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN