Kilang Perwaja

Tak sesuai jadikan Perwaja Steel tapak kilang kitar semula

Bekas kilang Perwaja Steel di Gurun, Kedah tidak sesuai dijadikan lokasi kilang kitar semula. -UTUSAN/ SHAHIR NOORDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kerajaan negeri wajar memastikan pembangunan semula tapak bekas kilang Perwaja Steel di Gurun tidak menjejaskan kesejahteraan penduduk sekitar terutama apabila memberi lesen kepada operasi kilang kitar semula.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, perancangan strategik harus dilakukan agar bekas kilang tersebut kembali gah seperti dahulu.

“Kita memperkatakan tentang satu tapak perindustrian yang cukup gah tetapi setelah Perwaja Steel bankrap semuanya terbengkalai malah dipandang sepi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiba-tiba ada kenyataan bahawa ada kilang kitar semula beroperasi di kawasan itu. Ini satu kawasan perindustrian yang besar dan menjadikan ia sebagai satu lokasi pengumpulan kilang kitar semula, itu tidak sesuai,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

MOHAMAD YUSRIZAL YUSOFF

Utusan Malaysia pada 20 Februari lalu melaporkan tapak bekas kilang Perwaja Steel yang gah sebagai syarikat konglomerat suatu masa dahulu kini bukan sahaja terbiar malah penduduk mendakwa terdapat kegiatan mencurigakan di lokasi itu.

Timbalan Presiden Kelab Pendokong Penyatuan Ummah Malaysia (KPPUM), Zamil Ibrahim berkata, difahamkan terdapat tiga hingga empat buah kilang kitar semula beroperasi di kawasan kilang tersebut.

Mohamad Yusrizal menambah, Cake menggesa agar mana-mana penduduk sekitar yang terjejas kerana pencemaran daripada kilang di kawasan tersebut tampil membuat aduan.

“Cake belum menerima aduan tetapi jika ada penduduk terjejas kehidupan seharian mereka akibat operasi kilang yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) tampil (buat aduan),” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sepatutnya membangunkan kawasan kilang berkenaan sebagai pusat sehenti untuk usahawan industri kecil dan sederhana sebagai usaha membantu golongan penduduk sekitar.

“Daripada membuka kilang kitar semula lebih baik jadikan ia sebagai pusat sehenti bagi usahawan IKS yang ramai di luar. Bangunkan tempat ini supaya usahawan-usahawan ini ada tempat untuk bertapak,” katanya. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini