Malaysia-Filipina iktiraf sijil vaksinasi secara timbal balas - Utusan Malaysia

Malaysia-Filipina iktiraf sijil vaksinasi secara timbal balas

Isu sijil vaksinasi Malaysia-Malaysia selesai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan Malaysia dan Filipina semalam  mencapai kata sepakat untuk saling mengiktiraf sijil vaksinasi lengkap Covid-19 negara masing-masing secara timbal balas.

 Menurut kenyataan Kementerian Luar, pengembara dari Malaysia kini dibenarkan memasuki Filipina dengan menunjukkan bukti sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera masing-masing.

 “Sementara pengembara dari Filipina akan turut dibenarkan memasuki Malaysia dengan bukti sijil imunisasi lengkap dalam aplikasi negara jiran itu, VaxcertPH,” katanya di sini hari ini.

 Bagaimanapun, jelas Wisma Putra, kemasukan pengembara masih tertakluk kepada prosedur kuarantin dan protokol semasa oleh pihak berkuasa di kedua-dua negara.

 Persetujuan tersebut  menyelesaikan isu tujuh rakyat negara ini yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino kelmarin.

 Ia susulan insiden penahanan mereka kerana isu sijil MySejahtera tidak diiktiraf negara itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN