KUALA PILAH: Seorang lelaki maut selepas kereta yang dinaiki dihempap pokok tumbang di Jalan Kampung Kuala Dioh, di sini, malam semalam.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Razidi Samik berkata, sepasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Pilah ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.52 malam.
Katanya, tiba di lokasi kejadian, didapati benar berlaku pokok tumbang yang menghempap sebuah kenderaan jenis Perodua Viva.
“Seorang mangsa lelaki berusia 39 tahun tersepit di dalam kenderaan tersebut berjaya dikeluarkan oleh Pasukan Keluaran Operasi (PKO).
“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan paramedik, seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya hari ini. – UTUSAN










