PRN Johor: Pas Perak yakin pengundi pilih PN atas faktor Muhyiddin

PRN Johor: Pas Perak yakin pengundi pilih PN atas faktor Muhyiddin

RAZMAN Zakaria (tengah) merasmikan Pusat Pameran  Drone Pertanian DJI Aggriculture milik Aeros Geotech Sdn. Bhd. di Taman Serai Maju di Bagan Serai hari ini.. - FOTO/WAT KAMAL ABAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Pas Perak percaya rakyat Johor akan memilih Perikatan Nasional (PN)  dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) negeri itu pada 12 Mac ini atas banyak faktor termasuk rasa simpati terhadap apa yang telah berlaku terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bekas perdana menteri.

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, berdasarkan analisis kempen PRN di negeri itu ketika ini, rakyat johor bersimpati terhadap Muhyiddin yang juga Pengerusi PN sebagai bekas perdana menteri.

“Rakyat menganggap Tan Sri Muhyiddin Yassin dianiaya dan diturunkan dari jawatan sebagai perdana menteri. Selain itu, beliau merupakan anak jati Johor, juga atas usahanya membantu menghapuskan dan menilai semula hutang-hutang peneroka Felda,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Pusat Pameran  Drone Pertanian DJI Agriculture milik Aeros Geotech Sdn. Bhd. di Taman Serai Maju, di sini hari ini.

Menurut Razman, Pas percaya rakyat Johor akan memilih PN untuk kestabilan politik dan ekonomi negeri itu dapat dipulihkan sekali gus membolehkan kerajaan memberi fokus kepada pembangunan dan kebajikan rakyat.

“Jika asyik berpolitik sahaja dan asyik nak tukar perdana menteri, nak tukar menteri besar, fokus kepada rakyat menjadi kurang,” katanya.

Sementara itu, Razman berkata, Pas Perak  berkampung di lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk membantu kempen PN pada PRN negeri itu untuk memastikan kemenangan.

Menurutnya, lima DUN itu Tenggaroh, Panti, Pasir Raja, Sedili dan Bukit Permai.

“Rakan komponen PN juga turut serta berkampung di lima DUN tersebut untuk gerak kerja bagi memastikan calon yang bertanding dapat menyumbang kerusi kemenangan.

“Kita yakin hasil usaha gerak kerja secara habis-habisan daripada jentera-jentera ini akan membuahkan hasil yang positif,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya