Polis kesan saksi wanita maut digilis

Polis kesan saksi wanita maut digilis

KEADAAN mayat mangsa yang maut dalam kemalangan di Lebuh Sultan Mohamed 1 di Klang, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Polis sedang mengesan saksi kemalangan melibatkan seorang wanita yang maut digilis sebuah kenderaan di Lebuh Sultan Mohamed 1 di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 7.30 petang itu berlaku ketika mangsa berusia 47 tahun menunggang motosikal bersendirian menghala ke Lebuhraya Selat Klang Utara.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan kenderaan di kirinya.

“Keadaan itu mengakibatkan wanita berkenaan hilang kawalan dan terjatuh ke jalan.

“Mangsa kemudian digilis dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat.

“Ketika kejadian, jalan di lokasi berkenaan basah dan tidak rata selain cuaca hujan serta gelap.

“Selain itu, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi tersebut,” katanya,” ujarnya.

Tambah Vijaya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sehubungan itu, beliau memohon saksi bebas yang mempunyai maklumat mengenai kejadian supaya menghubungi mana-mana balai polis berhampiran.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Abdul ‘Azim Mazlan di talian 013-4146144 untuk tindakan lanjut,” katanya. –UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya